BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 12, 2009

adakah aq mampu...???

adakah aq mampu???itu yang menjadi tanda tanya aq selama ini...cita2 aq cukup besar....aq mahu mencipta sesuatu yang akan menjadi kebanggaan penduduk malaysia...wah,aq hanya seorang wanita...mampukah aq setanding dengan kaum adam yang lain...ah....jangan di fikirkan semua itu...kata naluri hatiku...aq amat kagum dengan kepintaran Adi Putra....kepetahannya berkata-kata membuatkan aku kagum...sememangnya aq sentiasa mengagumi seseorang itu...aq mampu....aq pasti!!!!!

Right Knowledge is Power!: Mendidik kanak-kanak pintar

Right Knowledge is Power!: Mendidik kanak-kanak pintar


saya kagum melihat kepintaran dan kepetahan adi putra yang bercita2 untuk membina satelit yang hanya di gunakan oleh negara2 islam dengan mengunakan password AL-QURAN..

Friday, October 9, 2009

Anjakan paradigma..

assalamualaikum...

semalam semasa saya menonton televisyen,saya tertarik dengan satu rancangan yang bertajuk anjakan paradigma yang di siarkan di astro oasis,,rancangan ini dari pukul 11.30 sehingga 12.45..tapi saya hanya sempat menonton sehingga pukul 12.15 sebab lepas 2 ujan...biasa r astro kalau hujan je siaran mesti tergendala..di sini saya dapat beberapa ilmu yang mahu di kongsi bersama...tajuk pada hari semalam berkenaan dengan ibu tunggal...

tittle ibu tunggal sudah semestinya sangat di takuti oleh semua golongan wanita..tapi apa yang menarik perhatian saya ialah apabila Dr Rubiah K.Hamzah mengatakan bahawa tittle itu adalah anugerah daripada Allah(walau sendiri tetap berdikari)..ini kerana apabila menjadi ibu tunggal seseorang wanita itu berhadapan dengan pelbagai cabaran tapi harus di ingat bahawa jika Allah mengambil sesuatu Allah akan mengantikan dengan yang lebih banyak..ini bukan hanya untuk golongan ibu tunggal tapi ini yang terjadi dalam lumrah kehidupan manusia..kita boleh mengambil sedikit sebanyak untuk di praktikkan dalam kehidupan seharian..

Antara ungkapan yang bernas yang menarik perhatian saya ialah:

1)jika kamu bercinta sesama manusia,ingatlah yang kamu akan berpisah...sama ada hidup atau mati..

2)jika kamu sayangkan sesuatu,ingatlah Allah akan mengambil apa yang kamu sayang..

3)bila Allha tarik sesuatu,Allah akan mengantikan dengan yang lebih baik..

4)jika Allah mengambil satu kekuatan,Allah akan mengantikan dengan lebih banyak kekuatan.

5)Allah akan memberi musibah sebelum memberi kebahagiaan..

6)kita adalah hamba Allah,memegang jawatan yang tertinggi umtuk di bawa balik..


di sini jelas lah apa yang kita ada pada masa ini tidak akan kekal selamanya...renungkan dan selamat beramal..

Thursday, October 8, 2009

apa yang berlaku sepanjang minggu nie..........

1)semalam kawan llaki aq kol...semalam2nya pon ada kawan llaki kol...aq terbagi tahu pulak yang aq dah tak sekolah...huhu..kesimpulannya nie...dua2 kawan aq ni nak tahu aq nak sambung belajar kat mana...aq x kan bagitahu walaupun diaowang paksa...dalam hidup aq ni,aq x suka owang pakse...huhu..masalahnya sebab salah seorang daripada diaowang ada belajar sama negeri n dekat ngan tempat aq...karang x pasal2 dy ajak aq balik cuti sama2...elakkan r..aq bukan nak sombong tapi aq belum bersedia...walaupun mereka cakap aq nak larikan diri..terpulanglah!!!!!aq dah off kan hp..haha..untuk bape ary aq x pasti..hehe..

2)yang k2 aq x ley law temankan ibu g kip-mart beli ikan...bukan sebab aq pemalas...tapi aq bengan law lalu tempat jual ikan 2...lelaki biasa r..urm...malas nak cite..

3)ari 2 aq nak beli kasut,dah r aq sakit perut...aq masuk kedai hoover 2 dlu..ibu lambat masuk..aq amabk kasut,try n terus bayar....upe2nye,kasut yang aq beli sama macam kasut raye adq aq....hahaha...tapi x pe,aq dah minat...huhuhu...law aq nak pinjam kasut dy memang menjadi masalah sebab saiz kast dy lbh bsr berbanding ngan saiz kast aq....

n bykkkkkkkkkkkkkkkkkk lg!!!!!!!!!

tAHuKaH aNdA??

1) dalam sukan pemotoran,tiga pemandu teratas dalam satu perlumbaan akan menerima trofi di atas podium.dalam siri antarabangsa,lagu kebangsaan juara,dan diikuti dengan pngeluar akan dimainkan dan bendera negara dikibarkan..



2)Dataran Tiananmen ialah plaza besar berdekatan pusat bandar raya Beijing,China yang dinamakan sempena Tiananmen(Pintu Damai Syurga)yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan.Dataran ini meliputi 40.5 hektar,menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.



3)Sungai Amazon di Amerika Selatan ialah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah air.Jumlah air yang mengalir lebih besar daripada keseluruhan jumlah 10 sungai terebsar seterusnya jika digabungkan.Sungai Amazon merupakan 1/5 daripada jumlah air sungai di dunia yang mengalir dan ia mempunyai kawasan tadahan air yang terbesar di dunia.Kawasan ini digelar Amazon Basin dan luasnya hampir dua kali luas India ata kira-kira 40 peratus luas Amerika.

KUCING

seekor kucing kepunyaan seekor pakar kaunselor menyusup masuk ke pasar menjual ikan dan mencuri seekor ikan tenggiri...penjual ikan kemudian pergi ke pejabat paka kaunselor tadi dan bertanya:

"kalau seekor kucing yang dilepaskan dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya,adakah saya berhak untuk menuntut ganti rugi daripada pemiliknya?

"tentu saja,"jawab pakar kaunselor.

penjual ikan bersorak kegembiraan.

"bagus,kalau begitu encik harus membayar saya RM10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya pagi tadi."

pakar kaunselor tanpa sepatah kata terus membayar RM10.00 kepada penjual ikan tersebut,

keesokannya,ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.dia menemui sekeping surat dari peti surat rumahnya,dia menemui sekeping surat dari pakar kaunselor tersebut.kandungan surat itu berbunyi:

"RM200.00 untuk perkhidmatan kaunseling."

Wednesday, October 7, 2009

CINTA YANG SEMPURNA

Bukan namanya cinta kalau tiada dugaan...

Bukan namanya cinta jika tidak merasa sakitnya...

Bukan nama cinta jika tidak merasa pedih...

Bukan nama cinta jika tidak terluka...

bukan nama cinta jika diri tidak kecewa...

p/s:cinta yang suci dan tulus ikhlas akan bersatu dengan izin ALLAH...tapi tak semua cinta sejati akan bersama...

petikan ayat-ayat cinta..

Tuesday, October 6, 2009

di pagi rabu yang ceria......

ari ni ari rabu yang ceria...aq tiap2 ary ceria walaupun x ceria..haha...macam selalu aq bangun pukul 5pg n trus bukak intrnet...ha3..aq wish kat adq aq bab ary ni dy nk ambk exm PMR...aq doakan dy berjaya...jangan menyesal macam aq dah...hehe...aq terkilan sebab x dapat masuk MRSM...X pe r ad hikmah semua ini...lupakan pekara yang lepas...ary ni aq update blog aq...nielah hasilnya...hehe..aq explore sendiri tanpa orang ajar...kini aq boleh bebangga dengan usaha aq..nanti aq akan perbaiki dari semasa k semasa...ary ni ibu x keje...aq nak ajak dy g umah fiqa r...haha..biarlah rahsia..sebenarnya nak ambk duit yuran...boleh r wat beli barang ckit2...nanti bila aq sambung belajar lagi banyak wit yang nak kena pakai...malam nie aq plan nak g marhaban r...he3..klakar gle..bsr2 pon masih dapat wit raya..law orang 2 lupa nak bagi msty ada sorang nenek ni ingatkan yang anak dara ni x dapat...haha..masa aq mula2 g marhaban...semua tanya anak sapa nie...umur berapa...hahaha....jangan ada maksud tersirat sudah...hahaha...merepek aje!!!

Monday, October 5, 2009

kisah penebang kayu

Di sebuah kampung yang agak terpencil..ada seorang pemuda yang yang saya berikan nama Abu(bukan nama sebenar)yang kerjanya sebagai penebang pokok sepenuh masa.Tiap2 hari si Abu akan pergi ke hutan untuk menebang pokok untuk dijual.Pergi pagi balik tengahari,pergi pagi balik tengahari..tue la rutin hidup si Abu…Banyak jugak hasil yang si Abu nie dapat setiap hari hasil dari menjual pokok kayu yang die tebang.

Tiba satu masa tue,hasil yang Abu dapat dari menjual pokok kayu yang die tebang tue semakin berkurang….Si Abu nie mula lah gelisah memikirkan kenapa hasil yang die dapat semakin berkurang.

Pada kebiasaan die dapat tebang 15 batang pokok sehari dah berkurang jadi 10 batang..Si Abu mula pelik..Kenapa boleh jadi macam tue sedangkan mase kerja die tetap sama macam dulu2,pergi pagi dan balik pada waktu tengahari..Lepas berfikir sejenak,Abu dapat idea bagaimana nak tambah lagi jumlah pokok yang die dapat tebang dalam sehari iaitu dengan menambahkan masa kerjanya..

Esoknya Abu awal2 pagi lagi dah turun dari rumah untuk pergi menebang pokok(biasalah dah kerja die tebang pokok)..Pada hari tue Abu cuba untuk balik kerumah agak lewat sikit dari biasa.Kalau dulu die balik ke rumah pada waktu tengahari tapi hari nie die nak balik pada waktu petang pulak..

Wah!!! memang berhasil idea Abu nie…jumlah pokok yang die dapat tebang memang bertambah..Abu balik ke rumah dengan gembira yang amat(macam baru dapat bini muda hihi)hari tue..Tapi keadaan tue tak bertahan lama.

Selang berapa minggu je hasil yang Abu dapat mula turun balik..Abu gelisah lagi..macam kucing nak beranak je lagak Abu pada masa tue..Dia mula fikir nak tambah lagi masa kerja die..tapi bile abu fikir balik,sekarang pun die dah balik petang..jadi kalau die tambah masa kerja jadi die kene balik malam pulak..Abu batalkan lah niat die nak tambah lagi mase kerja die..

Sampai lah satu hari tue,tengah Abu berjalan lagak orang tak makan nasik seminggu nak pegi kerja berjumpa lah die dengan seorang penebang pokok yang lain..Saya bagi nama si penebang tue Bakar(bukan nama sebenar)Abu pun tegurlah si Bakar tue.Abu mula tanyakan pada Bakar banyak mana hasil tebangan yang die dapat sehari..

Abu : Bakar..boleh nko bgtau aku tak berapa batang pokok ko dapat tebang dalam sehari???Pastu pulak berapa lama nko kerja dalam sehari??

Bakar dengan selamba menjawab,

Bakar : Ada la dalam 25 batang pokok sehari….aku kerja dari pagi sampai tengahari je..

Abu menjadi pelik..??

Lalu Abu pun cepat2 bertanya pada Bakar macam mana die dapat hasil sebanyak tue sedangkan mase kerja Bakar nie lebih singkat dari die.Tiba2 Bakar mintak dari Abu untuk tengok mesin yang Abu guna untuk tebang pokok tue.Abu jadi bertambah pelik..??

Bakar : Bagi aku tengok mesin nko tue..

Abu : Nko nak buat ape ngan mesin aku nie
..kan ke mesin nko dengan aku same jenis je..brand pun same..kuasa kuda pun sama..

Bakar : Bagi la aku tengok kejap..lepas tue baru aku bgtau macam mana aku dapat tebang banyak pokok…

Abu pun beri lah pada Bakar mesin yang Bakar mintak tue..Tiba2…………

Bakar : owh….patut le ko dapat tebang sikit je pokok…mesin ko nie dah semput…mata die pun tumpul la Abu…Cube nko tengok mesin yang aku gune nie…

Abu : A,ah betul la kate ko tue Bakar…mesin nko laju la..mata die pun tajam semacam jer…

Bakar : Tu la pasal nko tak dapat tebang sebanyak aku walaupun nko kerja lebih masa dari aku…

Bakar pun bg la sikit ceramah motivasi ala2 Datok Fazdilah Kamsah dekat Abu tue….

Bakar : Abu…sepatutnyer nko kene rajin ambik masa sikit untuk servis mesin nko tue.mata die pulok nko kene selalu asah bagi tajam..baru la mesin nko sentiasa elok..nak potong satu2 pokok pun cepat je..

Abu : Aku takde mase la nak buat semua tue Bakar…

Bakar : Nko tak boleh cakap macam tue Abu..Kalo ko rajin buat macam tue..ko ambik masa sikit je tapi pulangan die amat berbaloi…dah tue nko takkan terima nasib macam sekarang kalau nko buat dari awal nko beli mesin nie..Nko tengok mesin aku tue…kite beli same2kan dulu..tapi mesin aku tetap laju dan tajam matanye..Nko pikir la sendiri Abu……

Abu : Ye la Bakar..betul cakap nko tue..dari dulu aku asyik pikir nak dapat hasil banyak jer..tapi mesin aku nie langsung aku tak pernah servis..Sekarang mesin aku dah semput,mata die pun dah tak tajam..tak macam yang nko punyer…

Lepas dari pertemuan Abu Dengan Bakar tue..Abu mula menyesal yang kalau dari dulu die luangkan sedikit masa untuk servis mesin yang die gunakan tentu die takkan terima keadaan macam sekarang..Baru Abu sedar yang masa yang die luangkan untuk servis dan asah mata mesin tue akan digantikan masa yang die gunakan untuk tebang pokok dengan lebih cepat….Sekian….Tamat…

Erm…Anda dapat buat tak ape kesimpulan dari cerita motivasi nie???Ok lah..saya tau tentu anda penat membaca cerita yang panjang nie kan…

Kesimpulanya mesin yang Abu gunekan tue adalah ibarat motivasi diri seseorang..Bile motivasi diri seseorang tue dah mula berkurangan,maka kekuatan semangat untuk membuat sesuatu akan berkurangan jugak..So…

Kite kena ambil masa untuk memotivasikan diri selalu..baru lah motivasi diri kite semakin meningkat setiap masa…Bile motivasi diri dah meningkat..setiap usaha@kerja anda akn berjalan dengan lancar…

semoga berjaya!!!

rezeki Allah

Aku cuma nak kongsi cerita..

Alkisahnya, hari tu, aku memang tengah pokai gilerr... maklum la, gaji lambat masuk sebab aku baru keje gomen... dah tau pokai, pandai-pandai lak tu bagi sedekah kat student yang ayah dia meninggal.... RM20 aku bagi kat student tu, so, dalam purse tinggal lagi RM10, aku fikir memang cukup² je la utk isi minyak keta yang dah nak habis untuk 1 hari setengah...

nak mintak duit kat adik bradik, abah or kengkawan memang aku segan sebab tak mau biasakan diri berhutang dan tak mau susahkan depa...

so, aku pun pegi labank BCB utk kuar duit seadanya...Tak sangka lak masih ada baki ciput dalam akaun... alhamdulillah dalam bank BCB aku, maksima boleh kuar RM10 (betapa sengkeknya aku..) dan aku try an error keluar duit dari Bank Islam dapat RM10 gak... tak sangka lak boleh kuar RM10 dari BIMB tu sedangkan masa dia tunjuk baki duit aku yang memang dah nak kontang, memang satu sen pun aku tak layak nak kuarkan duit tu....

so, alhamdulillah, syukur sangat rasanya...punya la aku happy dapat RM30.. cukupla RM20 utk makan seminggu lebih lagi sementara tunggu gaji masuk...

Tup tup, elok je aku pusing belakang nak masuk kereta balik, seorang Tok Guru dari Thailand mohon derma untuk pembinaan surau kat Thailand (siap ada resit dan suratJAIP)... aku lak memang jenis suka sedekah, tapi sebelum nak bagi tu, aku terfikir, "isk... camne ni? duit minyak RM10, duit makan RM10... ahh... tawakkal aje lah.. mungkin sebab tu Allah mudahkan urusan aku untukkuarkan duit tadi sedangkan kalo ikut baki duit aku, memang aku tak layak kuar duit tu... mungkin rezeki Tok Guru tu agaknya..

"So, tanpa berfikir panjang, aku terus hulur RM10 (dah itu je duit kertas yang ada.. nak bagi RM 1 rasa macam sikit beno la pulak sebab Tok Guru tu pun datang dari jauh, jalan kaki lak tu dari kedai ke kedai... bukan apa, aku pun pernah kutip derma, so aku faham dan lagipun aku derma tu utk amalan aku gak kan..

Dan alkisahnya... Tok Guru tu pun punya la ceria dan happy terima sedekah aku.. Tok Guru tu siap bagi aku ayat pelaris lagi dan doakan aku cepat kawin....hehehe....sedangkan hati aku masa tu masih lagi berkecamuk sebab takut tak cukup duit nak survive sementara nak dapat gaji.... RM10 je??? nak makan ape utk seminggu??... tapi aku tawakkal aje... sebab niat aku ikhlas untuk sedekah kan...

Dan alkisahnya, minyak kereta yang aku sangkakan kritikal, jarum meter penunjuk minyak tu sangatlah lambat turun ke E, sedangkan selama ni, tak sempat nak sampai rumah pun kalo jarum meter dah sampai ke had itu...masa tu, aku berulang alik keje agak jauh dari rumah, so memang biasanya nampak ketara penurunan jarum meter tu... cuma aku pelik dan bersyukur dengan peristiwa tu... mungkin berkat doa Tok Guru tu jugak kot..

Dari sehari ke sehari aku menempuh alam ke"sengkek"an aku, aku sentiasa dapat makan free... hari-hari ada aje jamuan staf yang dibuat kat ofis membuatkan aku tetap kenyang sampai ke malam dan tak perlumembelanjakan wang RM 10 aku, kalo makan kat luar pun kawan yang belanja... dan sampailah aku dah dapat gaji pun, masih tak luak duit RM10 tu sebab still dapat makan free 6 kali sehari semasa berkursus 4 hari...dan kalo biasanya aku dengar keje gomen sekarang ni, paling cepat dapat gaji pun sebulan setengah, tapi alhamdulillah, Allah bagi gaji aku tepat di hujung bulan....

seolah-olah macam keje swasta pulak, tak de delay gaji....punya la aku syukur sesangat.. apa yang aku nampak di sebalik peristiwa ini, "bahawa bila kita bersedekah dan niat kerana Allah, nescaya Allah tak kan kurangkan rezeki kita malah akan memberi kita rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka"...

so, kalo ada sesiapa yang mohon sedekah, hulur-hulur ah.... tak kan berkurang rezeki kita tu kalo apa yang kita buat tu niat ikhlaskerana Allah...

Tapi aku tak suka peminta sedekah yang tak buat apa-apa dan semata-mata minta sedekah di jalan / pasar malam , sebab nampak sangat depa malas berusaha... unless kalo depa tu minta derma utk pembinaan surau, sekolah etc... tapi kalo utk peribadi, aku lebih suka sedekah pada yang org menjual something mcm tisu ke, minyak cap kapak ke.. bukan nak beli sangat pun, tapi just terharu dengan usaha diorang.. sebab aku sure bagi duit lebih dari harga barang yang dijual dan most of the time aku tak ambik pun barang yang dijual sebab apa yang penting, aku suka tengok dia berusaha...

Aku bukan nak riak dengan amalan sedekah aku nih, sebab sure pahala aku pun hilang kalo disertakan dengan rasa riak ni....tapi tujuan aku bercerita kat sini ikhlas nak kongsi kisah aku... bukan apa, aku tengok, masih ramai lagi yang takut nak bersedekah sebab menganggap dengan bersedekah, duit depa akan berkurang, sedangkan sebenarnya tidak....

kalo kita niat ikhlas kerana Allah, DIA tentunya akan membantu kita...Aku dah banyak kali kena macam ni, sedekah masa tengah sengkek dan Allah bagi aku rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka, tapi bagi aku, kisah ni yang paling tersimpan di sudut hati aku sebab aku sedar betapadekatnya Allah dengan diri aku... betapalah DIA sangat menjaga kebajikan aku.... dan sesungguhnya memang benar "bila kita merungkaikan kesusahan orang lain, Allah akan merungkaikan kesusahan kita pulak...

"So, jangan la takut nak bersedekah... kekadang rezeki orang lain pun ada dalam rezeki kita... so, jangan sekat rezeki mereka kerana rezeki tu Allah yang bagi.... DIA yang memberi rezeki pada bila-bila masa dan DIA jugak yang berhak mengambilnya pada bila-bila masa...wassalamSabda Rasullullah SAW ~~ "

Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....

petikan daripada kata-kta mutiara

Belajarlah untuk berkata "cukup"

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh...

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox.

Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh-gocoh dan sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa-rupanya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik.

Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba-tiba Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba-tiba datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal dan memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai.

Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat.

Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita.

Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata.

Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya 'just nice'

Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).

Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya?

Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.

Begitu juga dengan keadaan saya baru-baru ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap-tiap hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap-tiap bulan saya dapat, Alhamdulillah.

Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.

Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on theother side'. Kan?

Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Masa saya grad, ekonomi negara benar-benar sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak.

Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul-betul saya dapat RM750. Cukup? Tak juga.

Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara.

Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!Memang takkan cukup.

Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan-kawan saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah.

Sedang rakan-rakan saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri.

Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira-ngira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap-tiap hari.

Ini benar-benar terkesan dalam hati saya.Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari.

Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia(bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat-dapat sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.Atau setidak-tidaknya dapat banyak OT.

Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya.

Tiba-tiba dia dapat banyak sangat OT. Hari-hari balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main-main dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni...

Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala-galanya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara-saudara semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara-saudara sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita.

Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong.

Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....

petikan daripada kata-kata mutiara..

kesatlah air matamu wahai wanita

Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.

"Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

"Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

"Waalaikumusalam," jawabku sepatah.

Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `

'Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya.Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya.

Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata.

"Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.

`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi.

Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

"Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang.

`'`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.

''Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah.

Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya.

Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.`'

Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .`'Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya.

Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

" Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga."Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.

""Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `

' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum.

Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi.

Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku.

Entah apa yang ingin diucapkannya."Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak.

Seketika aku kehilangan kata."A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu.

Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu.

Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah."

A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar.

Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku."Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik.

Abang sayang pada Ain.""Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi

.""Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik.

Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu.

`'Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak.

Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya?

Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus /> dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?Pastinya kehendak Dia.

Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku.

Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.Biarlah... Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?""Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar.

Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku.

Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.Sememangnya aku bukanlah asing baginya.

Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.`' Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

`' Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

" Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain.

Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula.

Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'

`' Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika.

"Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkankalimah itu.

" Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `' Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya.

Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?"Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa.

Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini.

Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak.

Matanya ku lihat berkaca-kaca."Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan AbangHarris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain."

"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.`

' Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain."

"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya.

Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya.

Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah.

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.""Seeloknya begitulah.

Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku.

`Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.

Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama.

Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari,beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah."

Kenapa?""Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain.

""Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'

`' Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain."

"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin."

"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu.

Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.

Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah temanbermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan.

Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan

' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

`' Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.`

'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `'Aku menduga keikhlasan bicaranya.

`' Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja.

Senyumlah sayang, untuk abang. `'Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.

Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku.

Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris.

Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama.

Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah.

Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik.

Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung.

Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah.

Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka.

Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah.

Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa.

Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain.

Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu.

KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu.

Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

mutiara kata

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnyaadalah kesan langsung pemikirannya.- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkankualiti yang baik dalam perbuatannya.- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dankewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang pentingialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dankekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbandingkurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannyadengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika andatidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selarasdengan tindakannya.- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telahmelakukan satu kesalahan lagi.

Sunday, October 4, 2009

menjadi kaya adalah idaman setiap orang....tapi saya sesuatu yang lebih...saya mahu di lihat sebagai seorang wanita yang mempunyai kebijaksanaan dan kecerdikan...impian saya bukan lah mennjadi orang yang paling kaya dalam dunia...tapi saya mahu menjadi wanita yang kreatif dan bikjaksana dalam bidang perniagaan...itulah yang akan menjadi kebangaan pada saya...saya mahu orang lain mengagumi saya...cara pemikiran yang akan membezakan kita dengan orang lain...dalam perniagaan kita perlu pantas mengambil peluang...setiap pelanggan adalah raja...

petua mencuci hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang shubhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat

Tuesday, September 15, 2009

soalan paling popular utk aq taun ni.....jeng...jeng..

urm,soalan popular utk aq taun ni adalah......sapa kapel aq...aq pown x tahu kenapa....ad yang tanya nampak hepi....sapa pakwe...daripada kawan2,orang yang x berapa mengenali n bekas awex ex aq pun serupa.aq cme senyum,x pown cakap no komen ..yang besh ada yang bongkar beg duit aq...beg sekolah n sebagainya....di depan mata aq...n yang lagi besh pas dah buat bagi tahu...urm,macam2 hal...padahal aq memang seorang yang periang daripada dulu....ketawa dan senyum adalah makanan ku...x semestinya bercinta baru kit gembira.... my b dyorang sayang kat aq sebab 2 dyorang ambk berat...hehehe...dari dulu lagi aq cukup tegas dalam soal cinta....kini aq berazam aq akan menyimpannya seorang diri...hehehe...x payah r cakap pasal soal cinta,wat masa skunk nie,bosan r...

Wednesday, September 9, 2009

Hari yang penuh pengharapan

hari ini ayu rasa sedih sangat...x taw nape...ayu harap tahun ayu dapat balik kampung kat melaka...tahun lepas ayu balik,so,dis year i hope 2....at least dapat r jalan2...quit bownk r...ayu x taw nape ayu x betah lagi kat johor nie...sebenarnya ayu perlukan masa sekarang,rasa macam di paksa pilak walaupun tidaak ada orng yang memaksa ayu sebenarnya...sebenarnya ayu dah tahu apa yang ayu nak jadi....biarlah ayu rahsiakan sebab kata nenek kita jangan pukul canang kalau belum benar2 jadi kenyataan,naty malu pada orang lain...nenek juga selalu ingatkan supaya sentiasa jaga tingkah laku...malu di pandang orng lain kalau kita berkelakuan tidak senonoh...kata nenek perempuan haruslah menjaga maruah diri dan keluarga...jangan mudah percaya pada lelaki....lelaki yang benar2 sayang kan kita akan sentiasa menjaga kita...walau apa2 pown,setiap orng mempunyai jodoh masing2....urm,sebab 2 ayu tidak suka bayak kawan2 klaky balik umah.....ayu teringin sangat nak jadi macam wanita zaman dahulu yang begitu sopan dan sentiasa malu dan penuh tata tertib....ayu suka tengok filem2 zaman dahulu,penuh bersopan mereka bercinta sehingga kekal sampai ke akhir hayat...ayu harap dapat pasangan hidup yang penuh dengan tattertib n kesopanan....kita hidup bukan untuk sehari dua....

Friday, September 4, 2009

Miley cyrus(the climb)

I can almost see it
the dream i am dreaming
but there's a vice inside my head saying
"you'll never reach it"

every step i'm taking
every move i make feels
lost with no direction
my faith is shaking

but i gotta keep trying
gotta keep my head held high

there's always gonna be another mountain
i'm always gonna wanna make it move
always gonna be a uphill battle
sometimes i'm goona have to lose

ain't about how fast i get there
ain't about what's waiting on the other side
it's the climb

the struggles i'm facing
the chances i'm taking
sometimes might knock me down
but no,i'm not breaking

i may not know it
but these are the moments that
i'm gonna remember most,yeah
just gotta keep going

and i,i got to be strong
just keep pushing on

'cause there's always goona be another mountain
i'm always gonna wanna make it move
always gonna be a uphill battle
sometimes i'm gonna have to lose

ain't about how fast i get there
ain't about what's waiting on the other side
it's the climb,yeah!

there's always gonna be another mountain
i'm always gonna wanna make it move
always gona be an uphill battle
somebody's gonna have to lose

ain't about how fast i get there
ain't about what's waiting on the other side
it's the climb,yeah!

keep on moving,keep climbing
keep the faith,baby
it's all about,it's all about the climb
keep the faith,keep your faith,whoa

ADK KU YANG TERSAYANG


ha! nie pulak adq ayu...muka dia mature kan????hahahaha...ramai orang cakap dia 2 kakak...yang penting dia nie lebih cute...dalam famly ayu j yang x bape nak cerah..tapi adq ayu nie ada semput...secara tibe2 j dia dapat penyakit 2..kecian gak ayu tengok...dia merupakan seorang anak yang baik...apa pun ayu sayang adq ayu...dia r satu2nya adq kandung yang ayu ada..

Thursday, September 3, 2009

kawan2 mase kat uitm segamat

masa tahun lepas,saya di tawrkan mengikuti program anak angkat bersama perkeso di uitm segamat...di situ lah saya bertemu dengan yana,syira n fara...sebab kitaorang satu dorm...walaupun hanya 3 hari 2 malam tapi hubungan kita akrab...tahanx u all...thnx pada syira sebab solek kan ayu sampai ayu kena puji...syira memang pandai solek...pada yana pulak,hang napa takut kena solek????dah r tido takut nak tutup lampu.hehehe..macam2 hal...ayu satu kumpulan dgan syira,yan lain.lain2 kumpulan...tapi memang enjoy r sebab masa 2 ramai kawan2 baru...ayu hanya contact dengan bebapa orang j...yang lain entah ke mana...biasa lah setiap pertemuan akan ada perpisahaan nya yang tinggal hanya kenangan waktu bersama...pape pon kowg tetap ayu ingat...

IBU KU YANG TERCINTA


Hah! ini pulak ibu saya,ibu saya muda lagi sebenarnya.heheheehehe...saya jeles dgn ibu...graw j..saya selalu buat ibu susah hati,saya tahu....tapi nak buat macamana saya ini kan degil....heheheehe...saya sayang sangat kat ibu saya...law boleh saya nak bakal suami saya ini macam perangai ibu...heheheehe...tapi nanti tahun depan saya terpaksa la berpisah dengan ibu selamam 3tahun,windunye...........nak gaduh dengan ibu....hahahhaa..nasib baik dapat ibu yang sporting law x dah lama kena kurung j dalam umah...i luv my mum!!!!!

CERITA SANG MENTARY


meh saya perkenalkan diri saya...nama saya NURUL IDAYU BINTI ITHNIN..saya puteri kepada ITHNIN BIN KALIWON dan SUZANA BINTI MOHAMAD.di lahirkan pada 12 nov 1991.sebenarnya kalau tidak saya meninggal dunia.tetapi umur saya masih panjang,saya masih bernafas sehingga ke hari ini.=)...saya mempunyai seorang adq yang bernama NURUL SYAFINAZ BINTI ITHNIN.2 r satu-satunya adq saya...heheehe..saya di lahirkan dalam keluarga yang kecil...kadang2 x besh taw..heheheehe...tapi sekarang kiteowg tinggal b3 j...sebab ayah dah meninggal...urm,saya sebenarnya x suka sedih2 tw...

Hari yang bakal ceria...

pagi tadi terfikir tau....x sabar nak keluar daripada johor ini....nak jalani kehidupan yang normal....hehehehehe...sebenarnya dari kecil sampai la besar banyak sangat kenangan kat sini...kata orang jauh perjalanan,luas permnadangan...so,indah nak la merantau...selama 3 tahun di tempat orang..x pun duduk kat sana selamam-lamanya...cita-cita dari kecil dah bertukar...macam grensezer pulak...hahahaha....kini dengan azam dan semangat baru,dan berada di negeri yang lain..insya-Allah segalanya akan dapat indah lalui nya....yang penting seorang perempuan tidak boleh mengaku kalah dan juga lemah...rezeki ada di mana2...yang penting indah akan selalu berfikiran positif dan produkif...kata orang kita patut berhijrah untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita....

PAGI JUMAAT YANG DIGANNGU

sebenarnya dari malam tadi indah di ganggu oleh seorang mamt yang indah tidak kenali....ceritanya macam ini,masa ari2 indah nak hantar msg kat kawan indah...indah nak kenakan kawan indah...hehehe..tapi indah yang terkena...indah dapat r kenal dgn bdq poyo n perasan....k r x ad mood nak tulis pape.assalamualaikum