BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 9, 2009

Anjakan paradigma..

assalamualaikum...

semalam semasa saya menonton televisyen,saya tertarik dengan satu rancangan yang bertajuk anjakan paradigma yang di siarkan di astro oasis,,rancangan ini dari pukul 11.30 sehingga 12.45..tapi saya hanya sempat menonton sehingga pukul 12.15 sebab lepas 2 ujan...biasa r astro kalau hujan je siaran mesti tergendala..di sini saya dapat beberapa ilmu yang mahu di kongsi bersama...tajuk pada hari semalam berkenaan dengan ibu tunggal...

tittle ibu tunggal sudah semestinya sangat di takuti oleh semua golongan wanita..tapi apa yang menarik perhatian saya ialah apabila Dr Rubiah K.Hamzah mengatakan bahawa tittle itu adalah anugerah daripada Allah(walau sendiri tetap berdikari)..ini kerana apabila menjadi ibu tunggal seseorang wanita itu berhadapan dengan pelbagai cabaran tapi harus di ingat bahawa jika Allah mengambil sesuatu Allah akan mengantikan dengan yang lebih banyak..ini bukan hanya untuk golongan ibu tunggal tapi ini yang terjadi dalam lumrah kehidupan manusia..kita boleh mengambil sedikit sebanyak untuk di praktikkan dalam kehidupan seharian..

Antara ungkapan yang bernas yang menarik perhatian saya ialah:

1)jika kamu bercinta sesama manusia,ingatlah yang kamu akan berpisah...sama ada hidup atau mati..

2)jika kamu sayangkan sesuatu,ingatlah Allah akan mengambil apa yang kamu sayang..

3)bila Allha tarik sesuatu,Allah akan mengantikan dengan yang lebih baik..

4)jika Allah mengambil satu kekuatan,Allah akan mengantikan dengan lebih banyak kekuatan.

5)Allah akan memberi musibah sebelum memberi kebahagiaan..

6)kita adalah hamba Allah,memegang jawatan yang tertinggi umtuk di bawa balik..


di sini jelas lah apa yang kita ada pada masa ini tidak akan kekal selamanya...renungkan dan selamat beramal..

0 comments: